Thursday, October 5, 2017

Peranan Guru Menangani Vandalisme

Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa hadapan negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar yang kian meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam bukan sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan dengan segera.

          Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ibu bapa harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan mampu menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.

          Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli masyarakat, kita harus peka terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan vandalisme, kita patut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak patut bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap proaktif, pasti kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.

          Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undang-undang kini hanya seperti melukut di tepi gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang signifikan dalam menangani gejala negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari realiti ini, pihak berkuasa perlulah menggubal undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dijatuhkan terhadap si pelaku vandalisme. Pada masa yang sama, pihak polis harus menjalankan pemantauan yang lebih kerap dan ketat di kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya kegiatan vandalisme. Jika langkah-langkah ini dilaksanakan dengan segera, sudah tentu masalah vandalisme boleh disifarkan dalam kalangan pelajar.

          Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara lebih tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan vandalisme di dalam kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.



          Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak, terutamanya ibu bapa, masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berganding bahu dan melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan gejala yang semakin serius ini. Jika hasrat tersebut berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Semoga dengan penyelesaian masalah ini, negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.

Langkah- Langkah Mengatasi Vandalisme

Langkah-Langkah Mengatasi Vandalisme

i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.(kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.


ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.


iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.


iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. 
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya



Implikasi Gejala Vandalisme

Dalam memasuki era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga menyusahkan banyak pihak terutama pihak masyarakat umum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini.

Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan.

Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.

Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggung jawab dalam memastikan vandalisme ini tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini.

Punca -Punca Dan Kesan - Kesan Vandalisme

Vandalisme akan mengundang pelbagai komplikasi.Antara kesan tersebut ialah :

Imej negara akan tercemar di mata dunia.Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi Malaysia kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke negara kita akibat keadaan alam sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin.Kesannya,industri pelancongan akan merosot.Pada masa yang sama,hal ini akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat negara tersebut.Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan.Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat industri melancong yang merosot.Hal ini menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan .Yang seterusnya,pihak kerajaan akan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaikpulihkan infrastruktur yang dimusnahkan.

GamBaR-gAMbAr MEnuNjUKkAN VanDaLIsme




Kepada mereka,mungkin melukis gravitti pada dinding sejuk dipandang mata,tetapi tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya mengotorkan dinding .


Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana mereka terpaksa berbelanja ribuan wang untuk memperbaikinya.Sebaliknya,kita hanya mengoyang kaki,menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan mudah.

Inilah perbuatan manusia yang mengamalkan sikap alpa.Mereka langsung tidak mempedulikan akan perasaan orang lain.Masyarakat hanya mementingkan diri sendiri.Apabila diperlukan,mereka menggunakan kemudahan awam,apabila tidak diperlukan,mereka merosakkannya.Sikap seperti ini hanya seperti pepatah Melayu,'selepas isi dimakan,kepah dibuang'.


FakTor BerLAKunYa vaNdaLisME

i)PENGARUH MEDIA MASSA
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihatdi sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dantunjuk ajar sewajarnya.

II)PENGARUH RAKAN SEBAYA

Golongon remaja biasanya lebih muda meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya.Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,nilai dan tingkah laku remaja,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.Kebiasaannya golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam sekumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

iii)SIKAP APATI/ INDIVIDUALISTIK/MATERIALISTIK

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat.Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud.Menurut kajian,masalah vandalisme banyak berlaku di kawasan bandar.Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal.Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.Oleh itu,remaja merasakan dirinya bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan tanggungjawab terhadap harta benda awam.

IV)IBU BAPA DAN KELUARGA

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.Contohnya,ketika memandu ibu bapa membuang sampah di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.Selain itu,kurangnya kawalan dan bimbingan merupakan faktor utama remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

Video Klip Vandalisme IV


Video Klip Vandalisme III


Video Klip Vandalisme II